Sunday 29 December 2013

Halau Suami Sengkek


Gombak: Hanya kerana tidak mampu memberi kemewahan selepas enam tahun berkahwin, seorang isteri menghalau suaminya dari rumah mereka di Taman Seri Gombak, di sini dua hari sebelum sambutan Deepavali lalu.

Lebih menyedihkan, teksi yang menjadi sumbar rezeki suaminya turut dirampas.

Sebaik dihalau, mangsa yang berusia 40 tahun terpaksa menumpang tidur di perhentian bas di kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, lelaki itu pulang semula ke rumahnya untuk berbincang dengan isterinya secara baik namun dia dipukul adik iparnya yang berang sebaik mendapati mangsa pulang ke rumah itu, kelmarin.

Mangsa yang sedih dan buntu dengan insiden itu terpaksa memberitahu ibunya sendiri untuk meminta bantuan.

Sumber berkata, mangsa dipujuk pulang ke rumah ibunya di Selayang, namun dia sekali lagi diserang keluarga isterinya di depan rumah keluarganya itu dan diminta mencaraikan isterinya kerana tidak mampu memberi kemewahan.

"Dalam kejadian yang berlaku jam 10 pagi itu,mangsa dikejutkan dengan kehadiran isteri, ibu mertua dan adik ipar yang menjerit dari luar rumah meminta mangsa menceraikan isterinya.

"Ibu mangsa dikatakan mententeramkan ketiga-tiga mereka namun dimaki-hamun selain diugut akan dicederakan dengan kayu dan cangkul yang dipegang adik ipar mangsa,"katanya.

Difahamkan, mangsa tidak mahu berbuat demikain kerana mereka mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil walaupun sering dihalau isterinya beberapa kali.

Menurut, beberapa jiran yang menyaksikan kejadian itu cuba membantu mententeramkan keadaan dan menasihati keluarga isterinya beredar.

"Isteri dan adik ipar mangsa dikatakan merampas telefon bimbit mangsa.

"Adik ipar mangsa dikatakn turut mengugut mahu mencederakan mangsa sekiranya masih berdegil tidak mahu menceraikan kakaknya," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan-Harian Metro.

#Macam2 kisah zaman sekarang. Macam2 hal. Peningkatan kos sara hidup memang sukar untuk dibendung. Gaji jadi semakin kecil.... buat lah sesuatu nak tambah pendapatan. jangan disebabkan kita anak2 kita yang menjadi sasaran di masa akan datang..(pesanan Ikhlas)

Tuesday 25 June 2013

[NERAKA]

Nama, Tingkat dan Penghuninya.

Bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu. Manakala penjaganya adalah malaikat yang gagah perkasa lagi bengis. Apinya sangat panas berjuta kali ganda berbanding kepanasan api di dunia ini. Jika api itu jatuh ke bumi walaupun sebesar hama, nescaya hancur lebur dunia ini. Itulah gambaran kepanasan api neraka. Semua ini telah dinukilkan oleh Allah SWT di dalam kitab-NYA al-Quran Surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud :

“Wahai orang beriman jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Sedangkan penjaganya adalah malaikat yang gagah lagi bengis. Mereka tidak menderhaka Allah, mereka melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya.”

Di neraka, Allah SWT menciptakannya khusus bagi orang kafir dan termasuklah golongan yang ingkar suruhan dan perintah Allah SWT. Mereka diseksa dan dibakar di dalamnya. Amat mengerunkan. Takut. Amat menakutkan.

Neraka sebenarnya berasal daripada perkataan “Ibrani” bermaksud “unggun api” di mana menjadi tempat seksaan Allah yang dikhususkan untuk golongan ingkar kepada perintah-Nya ketika di dunia ini. Manakala terdapat tujuh nama dan pembahagian tingkatan neraka menurut Syeikh Dahak Al-Ahbar yang kemudian dipersetujui ahli tafsir dan Usuluddin, antaranya Syeikh Qurthubi dan Imam Al-Ghazali yang sedia menanti penghuni-penghuninya yang ingkar terhadap perintah dan suruhan Allah SWT ialah :

1) Neraka Jahannam

Tingkat teratas. Neraka ini bermula dari tingkat paling atas sehingga ke terakhir (bawah). Ia seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya. Tempat istimewa ini bagi orang-orang kafir dan mereka kekal di dalam selama-lamanya. Ini berdasarkan kepada Firman Allah SWT di dalam surah an-nisa’ ayat 169 yang bermaksud :

“Orang kafir dan orang aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan melainkan ke Neraka Jahanam. Mereka kekal dalam neraka itu selamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah”.

2) Neraka Luza

Tingkat kedua yang dihuni pendusta agama Allah dan berpaling daripada ajarannya. Firman Allah bermaksud:

“Sebab itu Kami beri khabar menakut kamu dengan Neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya melainkan orang celaka, iaitu orang mendustakan agama dan berpaling daripadanya.” (surah Al-Lail: 14-16)

3) Neraka Hathamah

Neraka tingkat ketiga tempat mereka yang lalai dalam mengerjakan perintah Allah kerana dipengaruhi harta dunia.

4) Neraka Sair

Tingkat ke empat neraka dihuni mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti Jabal Uhud.

5) Neraka Saqru

Neraka tingkat kelima, antara penghuninya ialah orang tidak bersolat, percaya kepada perkara bidaah, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya kepada Hari Pembalasan.

6) Neraka Jahim

Neraka tingkat keenam. Penghuninya melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, mendustai agama Allah dan minum arak.

7) Neraka Hawiyah

Neraka paling bawah menempatkan orang memusuhi Nabi. Walaupun neraka ini paling bawah, apinya sangat panas. Firman Allah SWT bermaksud:

“Siapa yang ringan timbangan, dia dilemparkan ke Neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah? Ia adalah api yang sangat panas. “ (surah Al-Qariah: 8-11)

Kesimpulannya, itulah tujuh nama neraka dan tingkatannya. Di setiap tingkatannya terdapat kategori penghuni masing-masing. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengingati selalu peringatan Allah SWT supaya sentiasa menjaga diri dan keluarga daripada menjadi bahan bakar api neraka yang di dalamnya sangat panas lagi pedihhh. Wallahu A’lam

Gempar!!Tukang Gantung Saddam Mati Dibunuh

                                                     Mohammed-Nassif-al-Maliki
Salah seorang daripada lelaki yang terlibat menjalankan hukuman gantung ke atas bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein ditemui mati dibunuh.
Parti Baath dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa adalah Mohammed Nassif al-Maliki, dan pernah muncul dalam video rakaman hukuman gantung berkenaan.
Dalam video berkenaan, Mohammed merupakan lelaki bertopeng dan berada di sebelah tepi Saddam.
Kerajaan Iraq bagaimanapun tidak mengulas mengenai laporan kematian Mohammed itu.
Sebelum pencerobohan Amerika Syarikat di Iraq lalu, Mohammed bekerja menjual sayur-sayuran di wilayah Karbala.
Selepas kematian Saddam, dia menjadi pengawal peribadi Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki dan dianugerahkan pangkat Kapten selepas terlibat dalam melaksanakan hukuman gantung itu. -KLpost

Misteri kematian Michael Jackson, akhirnya terbongkar

jackson
 Los Angeles – Michael Jackson mungkin menjadi manusia pertama yang tidak mendapat tidur sewajarnya sehingga 60 hari yang membawa kepada kematiannya, kata seorang pakar.
Memberi keterangan dalam perbicaraan, pakar tidur dari Universiti Harvard, Dr Charles Czeisler berkata, disebabkan kekurangan tidur, Michael, 50, tetap berdepan risiko mati akibat serangan jantung walaupun dia tidak diberi ubat penahan sakit berlebihan. “Simptom dialami Michael konsisten dengan seseorang yang mengalami kekurangan tidur menyeluruh untuk tempoh yang sangat lama,” katanya.
Czeisler memberi keterangan itu dalam saman dikemukakan keluarga Raja Pop berkenaan yang menuntut syarikat penganjur konsert, AEG Live, membayar pampasan £26 bilion (RM128.5 bilion).

Jumlah itu dianggap pendapatan yang diperoleh waris Michael jika dia tidak meninggal dunia pada Jun 2009.
Doktor peribadi Michael, Conrad Murray – yang digaji AEC – didapati bersalah dan menjalani hukuman penjara. Mahkamah semalam turut diberitahu, pengambilan sesetengah ubat menyebabkan pengambilnya tidak mendapat tidur semula jadi dan dalam keadaan tertentu, mereka sebenarnya hidup dalam keadaan koma. Czeisler juga berkata, kegagalan Michael melakukan langkah baru tarian serta mengingati lirik lagunya juga disebabkan masalah tidak cukup tidur. “Petugas memberitahu, Michael kehilangan berat badan, paranoid dan ia adalah petanda seseorang yang tidak mendapat tidur sempurna,” katanya. Czeisler berkata, kekurangan tidur kemungkinan besar disebabkan pengambilan ubat penahan sakit propofol. Bagaimanapun, keterangan Czeisler itu dibuat dengan hanya bergantung kepada keterangan dikemukakan peguam plaintif. Dia juga mengaku tidak melihat keterangan sebenar daripada kes itu, termasuk kenyataan daripada beberapa eksekutif AEG Live yang tidak melihat sebarang petanda luar biasa pada Michael. -Metro

Friday 14 June 2013

tembikai terkecil di dunia

Anda pernah ternampak tentang tembikai kecil? jom kita baca sedikit info mengenai tembikai terkecil di dunia ni..

Menurut artikel yang ditulis oleh Rosminah Haji Bakkang

● Tembikai terkecil di dunia ini hanya berukuran 3cm panjang dengan 2cm lebar.
   dipercayai saiznya yang sebenar adalah 20 kali lebih kecil daripada buah tembikai biasa.

● Dikenali sebagai Tembikai Pepquino. Ia bukanlah hasil daripada kejuruteraan genetik tetapi 100% terjadi daripada pembentukan alamiah asli. 

● Selain itu, ia juga dikatakan dijumpai tumbuh liar dalam hutan sekitar Amerika selatan.
● Lagi info menarik mengenainya adalah tembikai ini dikatakan boleh mengeluarkan buah
   hanya dalam tempoh dua atau tiga bulan selepas matang

● Dikatakan juga ia dijual dengan harga RM38.44 untuk 50 biji atau seberat 250 gram.

Bagaimana Resipi Rahsia KFC Disimpan?

Makanan Fast Food seperti KFC sememangnya amat digemari oleh semua lapisan masyarakat. Biarpun ia tidak digalakkan untuk makan selalu, restoran terkemuka dunia ini sering dipenuhi oleh pelanggan yang rata-rata datang dari pelbagai kaum. Mungkin ada di antara kita pernah tertanya-tanya apakah sebenarnya resipi yang telah KFC gunakan untuk ayamnya tersebut. Adakah ia didedahkan kepada umum? Tidak, malah resipi untuk kini menjadi rahsia sehingga hari ini.
resipikfc1
Tahukah anda, dalam dunia ini hanya 2 eskekutif KFC sahaja yang tahu resepi sebenar KFC? Mungkin anda pernah mendengar kenapa KFC tak dapat pengiktirafan ISO bagi jaminan kualiti dan mempunyai panel syariah tersendiri, rupa-rupanya KFC tak mahu rahsia gabungan 11 herba dan rempah ratusnyadidedahkan.
Resipi rahsia Kolonel merupakan salah satu daripada rahsia perdagangan Louisville yang paling ketat disimpan, dengan salinan-salinan separa tersimpan di beberapa tempat yang lain sebagai sokongan. Dua pembekal perasa digunakan dan setiap mereka hanya membekalkan sebahagian resipi itu, dan mereka tidak mengetahui satu sama lain.
Presiden syarikat juga tidak tahu akan senarai bahan-bahan, dan beberapa orang yang mengetahuinya diperlukan menandatangani perjanjian kerahsiaan yang ketat. Satu analisis kimia yang diarahkan oleh pengarang William Poundstone mendedahkan sebahagian daripada bahan-bahan utama: garam, lada hitam yang kisar, tepung gandum, dan monosodium glutamat. KFC mendakwa bahawa resipi Kolonel Sander mengandungi sebelas herba dan rempah rahsia.
KFC Secret
Pada tahun 2009, resepi ini telah kembali ke tanah lahirnya di Loisville setelah ianya pernah dipindahkan pada september tahun sebelumnya.
Col. Handers pernah berkata bahawa resepi yang dimiliki oleh beliau akan mendapat perhatian dan kawalan yang ketat suatu hari nanti. Ternyata tanggapan sang pencipta resepi ini bukanlah satu dongengan. Presiden KFC, Robert Eaton pernah berkata :-
“This recipe has amazing global importance and the reason is that you could maybe put on your hand the number of world, global trade secrets that are housed in a single packet, in a single form,”
resipikfc4
Persoalannya macam mana rahsia resepi ini disimpan? Sekiranya anda seorang pencuri paling pro di atas muka bumi ini sekalipun, mungkin mustahil untuk anda mencurinya. Kenapa?
“We fortified the ceiling and the floor around here with concrete bricks two feet thick,” Dietl said. “We put in motion sensors also CCTV that’s hooked up to security downstairs. They have 24/7 armed guys downstairs, so in the amount of 30 seconds you’ll have somebody up here. Once in here, you have to have two people with two keys and two different PIN numbers, and that’s what you have to have. This safe is bolted down and there is no way anybody can get in here unauthorized without us knowing about it.”
Bo Dietl, ex-NYC police detective dan pakar ditektif.
Secara ringkas, untuk mencurinya, perlu ada 2 orang dengan 2 kunci serta 2 nombor pin yang berbeza dan barulah boleh melepasi sistem kawalannya. Tetapi sebelum itu anda perlu melepasi terlebih dahulu lantai, dinding dan siling konkrit setebal 2 kaki. CCTV dan sensor beroperasi 24 jam. Tak cukup dengan itu pakar pengawal keselamatan bersenjata juga turut diupah untuk menjaga kawasan itu.
resipikfc3

Friday 7 June 2013

Misteri lilin Menyala selama 1,500 Tahun!

 Seperti sukar untuk diterima akal apabila sekumpulan penyelidik menemui sebuah lampu yang masih lagi menyala di makam milik seorang gadis bangsawan dari zaman yunani kuno. Penemuan ini dianggap misteri kerana, tempat itu baru sahaja ditemui sejak 1500 tahun yang lalu. Itu yang membuatkan para penyelidik cuba mencari jawapan bagi mendapatkan kepastian mengenai misteri ini.
lampu
Seorang sarjana Australia, Robbert Briggen, berpendapat bahawa manusia zaman prasejarah memiliki kebijaksaan yang lebih maju daripada ilmu pengetahuan yang kita miliki kerana mereka memiliki lampu-lampu abadi.
Pada bulan April 1485 mayat seorang gadis bangsawan dari zaman yunani kuno dikeluarkan dari tempat perkuburannya di “Appian Way”. Ketika para penyelidik memasuki tempat pemakamannya, mereka terkejut apabila menemui sebuah lampu yang menyala sejak 1,500 tahun yang lalu.
Pertanyaannya adalah, dengan cara apa para nenek moyang kita membuat lampu yang mampu terus menyala selama itu? Misteri itu masih tetap merupakan misteri yang pelik akan tetapi sejumlah ahli arkeologi terus berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.
Beberapa orang di antara mereka seperti Briggen, mengemukakan pendapat bahawa tenaga yang digunakan untuk menyalakan lampu itu mungkin telah hilang dari permukaan bumi ini.
Akan tetapi, tidak ada bukti yang boleh membuktikan teori-teorinya itu. Manusia pintar dari manakah yang membuat lampu yang terus menyala selama 1,500 tahun?